Powered By Blogger

Tuesday 19 February 2013

JANGAN BERHENTI BERJUANG



Hari berganti hari...masa berlalu sangat pantas...kadangkala jiwa ingin memberontak dengan kehidupan yang penuh dugaan...segala usaha dan kudrat, aku gunakan dengan sebaik nya..kesedihan , kekecewaan tidak dapat dibendung oleh hati kecil aku..hanya air mata lah menjadi saksi segalanya..

Aku merenung jauh ke langit yang gelap..hanya diterangi cahaya bulan bintang..aku sedar bahawa aku diberi kesihatan yang maha pencipta untuk aku terus berjuang dalam kehidupan didunia mahupon diakhirat...aku harus menjadi hamba yang bersyukur atas anugerah yg diberi...aku sedar perjuangan aku masih belom selesai..degan semangat yang tidak akan luntur..


JANGAN BERHENTI BERJUANG
Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.
Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.
Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.
Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.
Jangan berhenti berjuang!!!!!

Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.
Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!



Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,
daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,
daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.
Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!


NEVER EVER GIVE UP..!!!!!

Thursday 24 January 2013

Kisah Seorang Akauntan. yang Sibuk Bekerja.




Ini adalah kisah benar...seorang akauntan..terlalu kuat bekerja..
Dari pagi hingga ke malam..bekerja.
Tak rehat sikit pun kecuali tidur..hujung minggu pun bekerja..
Satu hari..dia pengsan ditempat kerja.Doktor telah.sahkan dia kena penyakit kritikal & stroke..akan lumpuh separuh badan.
DALAM KESIBUKAN KITA BEKERJA..ADAKAH KITA ADA MILIKI KAD PERUBATAN & SIMPANAN YANG MENCUKUPI..

TANYA DIRI ANDA..AKU SIBUK BEKERJA..KESIHATAN AKU BAGAIMANA..KEWANGAN AKU BAGAIMANA.



3 Bulan pertama...majikan akauntan tersebut bagi cuti dengan gaji penuh..
Dengan duit gaji tu lah bayar kos perubatan.
Lepas 3 bulan, majikan akauntan tersebut..bagi cuti lagi 3 bulan dengan separuh gaji..masih mampu bayar kos perubatan..Bulan yang ke 7 majikan akauntan tersebut..bagi cuti lagi selama 6 bulan tanpa gaji..
Tak ke..pengsan bila dah tak ada duit..nak bayar kos perubatan dan hutang yang lain.
Akauntan berkenaan ada beli sebuah rumah & kereta sebelum jatuh sakit.



Fikirkanlah...bagaimana akauntan tersebut..meneruskan kehidupan..
Nak bekerja semula..kesihatan tidak mengizinkan..
Hutang tetap kena bayar..Bil2 tetap kena bayar..
Dulu mewah..sekarang menderita..
Akauntan berkenaan menyesal tak sudah...kenapa dia tidak ambil insuran..
Dengar cerita..akauntan tu meninggal dunia..dia meninggalkan bebanan hutang kepada pewaris2 dia..



Akauntan tu meninggal dunia...disebabkan tekanan hidup..& diserang saki jantung..

Inilah kisah benar..
Kesimpulan dari cerita di atas :
Adakah anda masih nak berhutang...untuk bayar kos perubatan?
Adakah anda dah wasiatkan kepada pewaris anda..simpanan yang mencukupi?



Saturday 19 January 2013

DIA DIANGGAP SEORANG YANG GILA.

Bismillah...



Sebelum menutup tirai malam teringat aku pada kesah seorang yang berasal
dari Anxi,Wilayah Fujiah,China datang ke malaya ketika usia dia 20 tahun.
Dia dianggap seorang yang gila oleh rakan2 kerana keinginan membuka pusat
peranginan di atas bukit. Ejekan yang diterima memberitahu perniagaan ini
tidak akan membuahkan hasil dan sia-sia.


Aku dapat bayangkan bagaimana setiap ejekan adalah pembakar semangat bagi
dia untuk meneruskan impian dan dia buktikan kata-kata itu dengan bekerja 
2 syif selama seminggu. Dia juga membuat keputusan untuk tinggal di dalam 
hutan dan gua bagi menjimatkan kos. Kesusahan yang ditempuhi bertahun tahun
dilalui dengan sabar dan yakin.


Dengan usaha tidak pernah luntur dalam diri akhirnya dia telah berjaya 
membuka pusat peranginan genting highlands. Dengan permulaan membuka
10 buah bilik penginapan sehinggalah kita boleh lihat sekarang. Dia tersenarai
tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World's Billionaire
oleh majalah Forbes bagi 2007.


Dia berada di tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta sebanyak
RM 14.28 bilion. Dia adalah Tan Sri Lim Goh Tong. Bagi aku bukan lah 
harta dan kekayaan yang diutamakan tetapi aku lihat dari kesungguhan,
semangat yang ditonjolkan.


        "Destiny is not a matter of chance,
          it is a matter of choice.It is not a
          thing to be waited for,it is a thing
          to be achieved.
                               -jeremy kitson

(Nasib bukan secara kebetulan, tapi pilihan.
 Ia bukan untuk ditunggu,tetapi untuk dicapai.)